SPORTS DAY GRADUAN KECIL

Hari Sukan Graduan Kecil 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Permatang Rawa, Bandar Perda, Pulau Pinang. Acara bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran, diikuti dengan perarakan masuk anak-anak serta senamrobik ceria yang membuka tirai dengan penuh semangat.

Pelbagai pertandingan menarik diadakan sepanjang hari, disusun mengikut kategori umur 3, 4, 5 dan 6 tahun. Anak-anak juga bertanding mewakili warna rumah sukan masing-masing, menjadikan suasana lebih meriah dengan sorakan penyokong. Setiap acara dipenuhi dengan semangat juang, kegembiraan dan sorakan yang menghidupkan stadium.

Keterlibatan ibu bapa menjadikan Hari Sukan kali ini lebih istimewa. Ramai hadir dengan memakai baju sedondon mengikut warna rumah sukan anak-anak, memberi sokongan padu serta menambahkan lagi suasana kemeriahan. Malah, acara khas untuk ibu bapa turut diadakan dan disambut dengan penuh keterujaan.

Walaupun kepenatan dirasai selepas seharian beraktiviti, namun kegembiraan, semangat kesukanan dan kenangan manis yang tercipta menjadikan Hari Sukan Graduan Kecil 2025 satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan antara anak-anak dan ibu bapa, malah memberi peluang untuk si kecil belajar tentang kerjasama, keyakinan diri dan semangat berpasukan.